Assalammualaikum.....
Soalan yang sering ditanya kepada saya ketika pertama kali seseorang itu terbuka hati untuk mengetahuai berkaitan bekam ini adalah... BEKAM NI SAKIT TAK?? Pada saya jawapan untuk soalan ini sangat-sangat subjektif...ianya bergantung pada penerimaan dan cara seseorang itu berfikir... sesetengah orang beranggapan biarlah sakit sedikit kerana ingin mendapatkan kesembuhan... sesetengah orang sudah biasa melakukan pekerjaan yang berat... maka setakat 'layangan' pisau bekam atau tusukan jarum bekam ini, apalah sangat.... dan ada juga sesetengah orang itu... baru nampak pisau bekam atau jarum bekam je... rasa sakit dan ngerinya sudah menguasai diri.... Teringat kata-kata seorang sahabat saya, "tak semua orang berani dan boleh berbekam.... nikmat berbekam ini... hanya orang yang betul-betul nak je yang akan dapat...."
Selalunya bagi menjawab solan tersebut saya akan mencadangkan tuan punya badan yang bertanya itu merasai sendiri, samada bekam ni sakit atau tidak.... Bagi saya bekam ini tidak menyakitkan jika betul cara dan kaedahnya.... Jika betul cara dan kaedahnya kanak-kanak pun berani untuk berbekam..... dan insyaallah barang siapa yang berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah kerana ianya merupakan sunnah Nabi saw.
Gambar Irfan (7 tahun) dan Insyi (10 tahun) sedang berbekam point kahil.
Untuk Temujanji sila hubungi
SHAHID 012-5051858
Pengasas,
Pusat Terapi Sunnah,
Bekam Al-Hikmah,
Persiaran Meranti,
Bdr. Sri Damansara.